Polis Selangor nafi penglibatan majlis sambutan Aidilfitri, kutip sumbangan daripada orang ramai

SHAH ALAM – Polis menafikan sebarang penglibatan Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang tular di media sosial.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mesej itu mendakwa majlis berkenaan akan diadakan di Dewan Serbaguna IPK Selangor pada Khamis.
"Selain itu, mesej tersebut meminta kutipan sumbangan ke dalam satu akaun bank, ia merupakan satu cubaan penipuan (scam) yang bertujuan mengaut keuntungan dan mencemarkan imej polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Shazeli berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan mesej tersebut dan tidak melakukan sebarang transaksi wang ke akaun yang dinyatakan.
"Bagi individu yang telah membuat sumbangan ke akaun terbabit, mereka digalakkan hadir membuat laporan polis di mana-mana balai berhampiran.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama jabatan atau identiti polis bagi tujuan penipuan," katanya.
Ringkasan AI
- Polis menafikan penglibatan Cawangan Pengawal Pengiring IPK Selangor dalam penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang tular di media sosial
- Mesej tular mendakwa majlis akan diadakan di Dewan Serbaguna IPK Selangor dan meminta sumbangan ke akaun bank merupakan scam
- Scam tersebut bertujuan mengaut keuntungan dan mencemarkan imej polis
- Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan transaksi wang ke akaun yang dinyatakan
- Individu yang telah membuat sumbangan ke akaun scam digalakkan membuat laporan polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
