Selisih faham semasa tunggang motosikal punca gaduh tepi jalan

Tangkap layar rakaman tular memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Isnin.
Tangkap layar rakaman tular memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Isnin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Perselisihan faham di atas jalan raya semasa menunggang motosikal dipercayai punca pergaduhan beberapa individu yang bersenjatakan parang dan kayu di Jalan Waja, Telok Panglima Garang di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.51 petang daripada seorang lelaki yang terdengar bunyi bising di hadapan rumahnya.

Menurutnya, pengadu kemudian keluar dan mendapati bapa saudaranya memegang sebilah parang serta dikepung beberapa individu tidak dikenali yang cuba memukulnya.

"Dua lelaki memegang kayu dan seorang lelaki berparang berusia lingkungan 39 hingga 45 tahun yang terlibat dalam kes itu berjaya ditahan.

"Barang kes turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tangkap layar rakaman tular memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Isnin.
Tangkap layar rakaman tular memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Isnin.

Mohd Sufian berkata, usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian supaya  tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Sebelum ini, tular satu rakaman video yang diambil pengguna jalan raya memaparkan insiden pergaduhan berkenaan.

Ringkasan AI

  • Perselisihan faham di atas jalan raya semasa menunggang motosikal menjadi punca pergaduhan
  • Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat mengesahkan penerimaan laporan kejadian
  • Pengadu mendapati bapa saudaranya diserang oleh beberapa individu tidak dikenali
  • Dua lelaki bersenjatakan kayu dan seorang dengan parang ditahan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, usaha mencari suspek lain sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!