Ozom guna kartun sebar mesej Covid-19

Ozom menunjukkan salah satu karya yang dihasilkannya berbentuk nasihat kepada masyarakat berkaitan dengan bahaya wabak Covid-19.
Ozom menunjukkan salah satu karya yang dihasilkannya berbentuk nasihat kepada masyarakat berkaitan dengan bahaya wabak Covid-19.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang kartunis memanfaatkan masa terluangnya sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan karya berbentuk nasihat berkaitan dengan bahaya wabak koronavirus (Covid-19).

Norhasram Mohamad, 53, atau lebih dikenali sebagai Ozom berkata, kesemua hasil karyanya itu dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook menggunakan nama Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH.

"Sebagai salah satu hiburan bagi meredakan tekanan sepanjang musim PKP ini, saya menjadikan kartun sebagai platform untuk mendidik masyarakat terutama berkaitan dengan Covid-19," katanya.

Menurutnya, dia menggunakan idea-idea segar diselit dengan sindiran 'ringan' supaya masyarakat dapat menerima mesej yang disampaikan dengan baik.

Perlaksanaan PKP digunakan sebaik mungkin oleh Ozom untuk menghasilkan karya yang memberi didikan kepada orang ramai.
Perlaksanaan PKP digunakan sebaik mungkin oleh Ozom untuk menghasilkan karya yang memberi didikan kepada orang ramai.

Katanya, sepanjang tempoh PKP ini dia telah menghasilkan sebanyak 50 naskhah kartun yang dimuatnaik menerusi Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH.

"Alhamdulillah setakat ini, penerimaan masyarakat terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh saya termasuklah rakan-rakan kartunis lain diterima dengan baik.

"Sokongan padu itu membuatkan saya dan rakan-rakan kartunis menjadi lebih bersemangat untuk terus berkarya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ozom yang merupakan bekas kartunis majalah Gelagat berkata, dia turut membuat 'live' teknik melukis kartun secara percuma menerusi Facebook peribadi miliknya iaitu Ozom Hasram.

Katanya, perkongsian itu merupakan salah satu usaha untuk mengajak orang ramai kembali menghidupkan industri kartun di negara ini sebagaimana era kegemilangannya sekitar tahun 90-an dahulu.

Sepanjang tempoh PKP ini Ozom telah menghasilkan sebanyak 50 naskah kartun yang dimuat naik menerusi Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH.
Sepanjang tempoh PKP ini Ozom telah menghasilkan sebanyak 50 naskah kartun yang dimuat naik menerusi Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH.