Kereta dipandu laju rempuh mati penunggang motosikal

Foto tular memaparkan insiden sebuah kereta merempuh motosikal di Lebuhraya DUKE, Kajang pada Sabtu.
Foto tular memaparkan insiden sebuah kereta merempuh motosikal di Lebuhraya DUKE, Kajang pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta di Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pada jam 5.56 petang berlaku selepas pemandu kereta datang dari arah Kajang dalam keadaan laju dan melulu memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

Menurutnya, kereta terbabit kemudian merempuh sebuah motosikal yang berada di kanan jalan.

"Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun mengalami parah di kepala dan putus tangan kiri.

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya lagi, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.

"Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta berhati-hati semasa memandu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang
  • Kejadian berlaku sekitar jam 5.56 petang disebabkan pemandu kereta yang melulu
  • Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 24 tahun, mengalami kecederaan parah
  • Pemandu kereta berusia 26 tahun ditahan untuk membantu siasatan
  • Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!