Cadang pendekatan non-partisan: Ahmad Samsuri disaran muhasabah diri, ubah sikap

Laporan Sinar Harian pada Ahad berhubung pendekatan 'non-partisan' terhadap kerajaan yang dicadangkan oleh Ahmad Samsuri dalam mendepani krisis ekonomi susulan konflik di Asia Barat.
Laporan Sinar Harian pada Ahad berhubung pendekatan 'non-partisan' terhadap kerajaan yang dicadangkan oleh Ahmad Samsuri dalam mendepani krisis ekonomi susulan konflik di Asia Barat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disaran agar bermuhasabah diri dan mengubah sikap dalam berhadapan dengan krisis ekonomi yang bakal dirasai berpunca daripada konflik di Asia Barat.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, ini kerana cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis bagi merangka strategi yang bersifat non-partisan adalah seperti menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri.

Menurutnya, sedangkan ketika negara mencatat kejayaan yang kedengaran hanyalah kritikan mengenai bantuan Kerajaan Pusat terhadap negeri Terengganu.

"Pendekatan non-partisan adalah pendekatan yang melampaui kepentingan politik parti demi mengutamakan kepentingan negara. Ia juga bermaksud menyokong dan mengkritik tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

"Justeru itu, saya ingin bertanya di manakah suara Dr Shamsuri ketika negara melebihi jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat tahun 2025 baru-baru ini?Begitu juga dengan kejayaan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)?

"Melabel Kerajaan Pusat sebagai zalim dan menindas demi menutup kelemahan beliau dalam membangunkan ekonomi Terengganu, sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya. Di manakah sifat non-partisan beliau?" ujarnya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, kerajaan memerlukan pendekatan 'non-partisan' melibatkan semua pihak secara menyeluruh menerusi penubuhan platform khas seperti Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara, bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.

Dr Ahmad Samsuri berkata, konflik berterusan itu mula memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.

Menurut beliau, situasi berkenaan kini menyumbang kepada kenaikan harga bahan tenaga, gangguan rantaian bekalan serta tekanan terhadap ekonomi global yang seterusnya meningkatkan kos logistik dan operasi pelbagai sektor.

Artikel Berkaitan:

Tambah Amidi Abdul, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bekerja bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan ekonomi negara sehingga mencipta pelbagai kejayaan.

"Namun di manakah ungkapan sokongan terhadap usaha Perdana Menteri itu?

"Kenapa Dr Shamsuri berdiam diri? Adakah kerana takut kehilangan sokongan pengundi? Inilah sikap partisan yang menyeret kepentingan ekonomi negara bersamanya," ujarnya.

Beliau turut berpendapat supaya perlu yakin bahawa ikhtiar yang diusahakan oleh Perdana Menteri untuk kepentingan negara melampaui kepentingan politik kepartian yang sempit.

 

Ringkasan AI

  • Pengerusi Perikatan Nasional disaran bermuhasabah diri dan ubah sikap menghadapi krisis ekonomi
  • Cadangan penubuhan majlis strategik non-partisan dipandang sebagai kurang berkesan
  • Kritik terhadap kepimpinan pusat padahal negeri Terengganu sendiri menunjukkan prestasi positif
  • Pendekatan non-partisan penting untuk melepasi kepentingan politik demi kepentingan negara
  • Tekanan ekonomi global berpunca daripada konflik di Asia Barat menyumbang kepada kenaikan harga dan tekanan sektor logistik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!