Azeem bantu kuartet 4x100 Auburn raih emas

Muhammad Azeem
Muhammad Azeem
A
A
A

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya membantu kuartet 4x100 meter (m) Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Muhammad Azeem bersama-sama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39.75 untuk berada di kedudukan pertama.

Tempat kedua acara itu dimenangi kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest, Justin Davis dengan catatan masa 41.93s.

Tiada pemenang ketiga direkodkan bagi acara itu selepas baki lima pasukan yang mengambil bahagian acara itu diklasifikasikan sebagai tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dan tidak memulakan saingan (DNS).

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Muhammad Azeem di kejohanan itu selepas berjaya meraih perak dalam acara 100 m semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya membantu kuartet 4x100 meter Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat
  • Muhammad Azeem bersama-sama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39.75
  • Tempat kedua acara itu dimenangi kuartet Universiti Lipscomb
  • Tiada pemenang ketiga direkodkan bagi acara itu
  • Ini merupakan pingat kedua Muhammad Azeem di kejohanan itu selepas berjaya meraih perak dalam acara 100 m semalam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!