Jenazah tiga beranak kemalangan di Tioman selamat dikebumikan di Muar

Imam Surau Ar-Rahman, Fadli Abdullah (duduk) membacakan talkin setelah ketiga-tiga jenazah tiga beranak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, tengah malam tadi. Foto Bernama
Imam Surau Ar-Rahman, Fadli Abdullah (duduk) membacakan talkin setelah ketiga-tiga jenazah tiga beranak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, tengah malam tadi. Foto Bernama
A
A
A

MUAR - Tiga sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Jalan Tekek-Juara, Pulau Tioman, Pahang pada Jumaat lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini jam 12.15 tengah malam tadi.

Van membawa jenazah Mohd Sabri Ja'afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, tiba di Surau Ar-Rahman, Bakri di sini, kira-kira jam 10.45 malam sebelum disolatkan jemaah surau dan ahli keluarga yang hadir.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat, motosikal ditunggangi tiga sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah air terjun Kampung Juara menghala ke sebuah resort penginapan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi dilaporkan berkata, Mohd Sabri yang juga Pegawai Khidmat Pelanggan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala isteri dan anaknya pula meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tekek dengan kecederaan sama.

Beliau berkata, lokasi kejadian merupakan kawasan jalan curam berbukit dan tidak rata. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Pulau Tioman selamat dikebumikan di Muar
  • Jenazah dihantar ke Surau Ar-Rahman, Bakri dan disolatkan sebelum pengkebumian
  • Kemalangan berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kampung Juara ke resort penginapan
  • Mohd Sabri meninggal di tempat kejadian, manakala isteri dan anaknya meninggal di Klinik Kesihatan Tekek
  • Lokasi kemalangan adalah kawasan jalan yang curam berbukit dan tidak rata

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!