Gadis dakwa dirogol kenalan baru dikenali

Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.
A
A
A

MARAN - Seorang gadis berusia 16 tahun berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa rogol oleh kenalan lelaki yang baru dikenalinya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada ibu mangsa berhubung kes terbabit.

Menurutnya, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada awal Mac di sebuah rumah di Maran ketika mangsa keluar bersama suspek.

"Mangsa memaklumkan telah dirogol oleh kenalan lelakinya di dalam bilik rumah terbabit sebelum menceritakan perkara itu kepada ibunya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan itu pada Jumaat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran telah menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengumpul keterangan kes terbabit.

Kim Wai berkata, siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Maran di talian 09-4771222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang gadis berusia 16 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol oleh kenalan lelaki baru dikenali
  • Ibu mangsa membuat laporan polis berkenaan insiden ini
  • Kejadian berlaku awal bulan Mac di sebuah rumah di Maran
  • Suspek telah ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut
  • Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!