Mayat lelaki bertatu ditemui terapung di Tasik Biru, Kuang

SUNGAI BULOH - Satu mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Biru, Kuang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad berkata, maklumat daripada orang awam diterima pihaknya pada jam 8.03 pagi.
Menurutnya, mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berkulit cerah selain tatu bertulis 'ship floss' di bahu kiri dan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).
"Semasa dijumpai, mangsa berpakaian baju warna coklat gelap bertulisan 'suppligae', seluar jeans biru dan jam tangan Seiko dengan tali warna hijau," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga dengan ciri-ciri tersebut diminta segera hubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mejar Rosli Mohd Nor di talian 013-6095744 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar menghormati sensitiviti keluarga mangsa dengan menularkan imej atau maklumat tidak sah di mana-mana platform media sosial.
Ringkasan AI
- Satu mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Biru, Kuang
- Maklumat tentang penemuan mayat tersebut diterima daripada orang awam pada jam 8.03 pagi
- Mangsa mempunyai tatu bertulis 'ship floss' di bahu kiri dan tiada kesan suntikan BCG
- Mangsa berpakain baju coklat gelap, seluar jeans biru dan jam tangan Seiko
- Individu dengan maklumat diminta hubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mejar Rosli Mohd Nor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
