Mayat wanita ditemukan terapung di sungai

Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita tempatan ditemukan terapung di dalam sungai berhampiran sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.37 pagi selepas dimaklumkan mengenai penemuan satu mayat terapung di sungai berkenaan.

“Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian, namun mayat berkenaan dipercayai telah dihanyutkan arus ke arah Sungai Gombak sebelum polis tiba.

“Sekitar jam 12 tengah hari, anggota dari Balai Polis Chow Kit berjaya menemukan mayat tersebut di dalam sungai berhampiran Sunway Putra Mall, Jalan Putra,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, mayat itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 36 tahun, tidak bekerja dan menetap di kawasan Chow Kit.

“Mangsa dilaporkan keluar dari rumah sejak 17 Disember lalu dan tidak pulang sehingga mayatnya ditemukan,” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan turut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas teman lelakinya dipenjarakan berkaitan kes dadah.

Artikel Berkaitan:

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Mayat wanita tempatan ditemukan terapung di sungai berhampiran kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  • Polis menerima laporan penemuan mayat pada jam 11.37 pagi dan kemudian mayat itu dihanyutkan ke arah Sungai Gombak
  • Mayat tersebut ditemukan oleh anggota polis berhampiran Sunway Putra Mall dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur
  • Mangsa berusia 36 tahun, tidak bekerja dan berasal dari kawasan Chow Kit, dilaporkan hilang sejak 17 Disember
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas teman lelakinya dipenjarakan berkaitan kes dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!