Anwar luang masa baca kad raya kreatif kiriman murid

Anwar terharu akan kesungguhan murid-murid yang menghasilkan kad ucapan raya dengan begitu kreatif.
Anwar terharu akan kesungguhan murid-murid yang menghasilkan kad ucapan raya dengan begitu kreatif.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada murid sekolah dari seluruh negara atas kiriman kad ucapan raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran video berdurasi lebih dua minit di Facebook pada Jumaat, Anwar mengakui terharu akan kesungguhan murid-murid yang menghasilkan kad ucapan raya dengan begitu kreatif.

“Alhamdulillah, terharu betul saya apabila menerima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti murid-murid. Ada yang melukis, ada yang siap berlampu, memang kreatif!

“Setiap kad yang saya terima bukan sekadar ucapan, tetapi tanda ingatan tulus dan penuh kasih sayang.

“Kecil pada rupa, namun besar maknanya buat saya. Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai!” katanya.

Sudah menjadi kelaziman Anwar untuk meluangkan masa membaca kad ucapan Aidilfitri daripada rakyat dan membalasnya semula seperti tahun-tahun sebelum ini.
Sudah menjadi kelaziman Anwar untuk meluangkan masa membaca kad ucapan Aidilfitri daripada rakyat dan membalasnya semula seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ahli Parlimen Tambun itu turut berkesempatan menitipkan ucapan salam lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam.

Difahamkan, sudah menjadi kelaziman Anwar untuk meluangkan masa membaca kad ucapan Aidilfitri daripada rakyat dan membalasnya semula seperti tahun-tahun sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian terdahulu melaporkan bahawa umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam Khamis.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai kad ucapan raya dari murid sekolah seluruh negara
  • Anwar terharu dengan kesungguhan dan kreativiti murid-murid dalam membuat kad ucapan
  • Kad-kad tersebut merupakan simbol ingatan tulus dan kasih sayang
  • Anwar menitipkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam
  • Anwar memiliki tradisi membaca dan membalas kad ucapan Aidilfitri setiap tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!