Anwar, Modi bincang perkembangan terkini Asia Barat

Anwar berhubung dengan Modi bagi membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat pada Khamis. Foto: FB Anwar Ibrahim
Anwar berhubung dengan Modi bagi membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat pada Khamis. Foto: FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi bagi membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, beliau berkongsi pendirian tegas dan konsisten Malaysia dalam mengutuk pengeboman oleh Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat.

"Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Modi sepakat menyeru agar pertempuran segera dihentikan dan usaha digembleng untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog sihat.

Anwar berkata, mereka turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS.

Beliau berkata, kerjasama padu itu menjadi semakin mendesak ketika dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan.

"Insya-ALLAH, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi membincangkan perkembangan di Asia Barat Anwar menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk pengeboman oleh Israel terhadap Iran Perbincangan fokus pada keadaan buruk di Asia Barat, terutama pada bulan Ramadan Anwar dan Modi sepakat menyeru penghentian pertempuran dan mendorong diplomasi Malaysia dan India akan berpadu suara di pentas antarabangsa demi keamanan sejagat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!