Aidilfitri: Kutip 'duit syiling' di jalan raya jadi tradisi

INDRAMAYU – Setiap kali tiba perayaan Aidilfitri, tradisi unik 'sapu koin' (mengutip syiling) di Jambatan Sewo, Kecamatan Sukra, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, kembali mencuri perhatian.
Aktiviti turun-temurun ini melibatkan penduduk tempatan yang mengambil peluang mengutip duit syiling yang diberikan (dilempar) pengguna jalan dari kenderaan, sambil menambah pendapatan harian.
Menurut seorang penduduk tempatan, Ahmad Rasmadi dia memilih menjadi pengutip syiling bagi menampung keperluan hidup semasa musim perayaan.
"Ini merupakan kali pertama saya sertainya, biasanya hanya melihat dari jauh," katanya ketika ditemui di lokasi pada Jumaat, lapor media tempatan.
Para pengutip syiling biasanya memakai baju lengan panjang dan topi untuk melindungi diri daripada terik matahari.

Beberapa orang turut membawa penutup wajah dan bekas besar untuk duduk sementara menunggu syiling atau menyimpan air minum.
Alat sapu khas mereka dibeli dengan modal sekitar 10,000-20,000 rupiah (RM2.30-RM4.60) dan digunakan sepanjang minggu.
Keuntungan daripada aktiviti ini boleh mencecah 300,000 rupiah sehari (lebih kurang RM70), bergantung kepada nasib dan kesungguhan pengutip.
Wang yang dikutip bukan sahaja syiling kecil, malah kadang-kadang wang kertas pecahan 50,000 rupiah hingga 100,000 rupiah (RM11.50–RM23) turut diperoleh.
Risiko dan pengawasan polisi
Tradisi ini turut mengundang risiko apabila pengutip sering terdedah kepada bahaya dilanggar kenderaan yang melalui jambatan.
Mereka yang baru menyertai acara ini biasanya berebut-rebut syiling, manakala pengutip berpengalaman lebih berhati-hati.
Polis tempatan giat melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran arus lalu lintas menjelang semasa 'mudik' Lebaran 2026.
“Fenomena ini sudah lama berlaku, sejak puluhan tahun lalu. Dengan penyapu khas mereka, pengutip syiling menunggu pengguna jalan membuang duit. Tindakan pengawasan perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan,” ucap seorang pengawai polis tempatan, Rudi.
Kisah legenda
Tradisi ini juga dikaitkan dengan kisah legenda tempatan mengenai dua beradik, Saedah dan Saeni, yang kononnya mendiami sungai di bawah Jembatan Sewo.
Saeni, seorang penari ronggeng Pantura, dipercayai berubah menjadi buaya. Mitos ini menimbulkan kepercayaan bahawa membuang syiling di jambatan dapat membawa keselamatan kepada pengguna jalan.
Walaupun berisiko, tradisi ini terus diamalkan, menjadi kebiasaan masyarakat tempatan menjelang Lebaran 2026, sambil mengekalkan nilai budaya dan legenda tempatan yang unik.-Agensi
Ringkasan AI
- Tradisi unik 'sapu koin' di Jambatan Sewo, Indramayu, kembali menarik perhatian menjelang Aidilfitri 2026
- Penduduk tempatan mengambil kesempatan mengutip syiling yang dilempar pengguna jalan untuk menambah pendapatan
- Pengutip syiling memakai pakaian lindung diri dari matahari dan memiliki alat sapu khas untuk aktiviti ini
- Keuntungan mengutip syiling boleh mencapai 300,000 rupiah sehari, dengan risiko dilanggar kenderaan
- Tradisi sapu koin dikaitkan dengan legenda tempatan, meningkatkan keyakinan akan keselamatan bagi yang melepaskan syiling di jambatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

