Syarikat 'guard' sedia dana RM100,000 laksana CSR

Kerjasama tahun kedua Listen Security Sdn Bhd bersama Yayasan An-Nur Maisarah dalam Majlis Iftar Ramadan.
Kerjasama tahun kedua Listen Security Sdn Bhd bersama Yayasan An-Nur Maisarah dalam Majlis Iftar Ramadan.
A
A
A

IPOH - Listen Security Sdn Bhd, sebuah syarikat kawalan keselamatan memperuntukkan lebih RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang tahun, khususnya bagi membantu golongan asnaf dan anak yatim.

Pengarahnya, Suhaini Bakri berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi pelbagai program kebajikan termasuk penganjuran majlis berbuka puasa, bantuan perayaan serta sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, program CSR tersebut mula dilaksanakan sejak tahun 2018 dan terus berkembang daripada sumbangan kecil kepada penganjuran program berskala lebih besar.

"Selain Ramadan, kami turut menyalurkan bantuan sempena Deepavali dan Tahun Baharu Cina kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

"Ini adalah usaha berterusan kami dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terbela," katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar Ramadan bersama Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor di sini.

Beliau berkata, Listen Security Sdn Bhd yang beribu pejabat di Batu Maung, Pulau Pinang kini mempunyai lebih 1,000 kakitangan dengan cawangan di seluruh negara termasuk di Perak.

"Dengan sokongan kakitangan, kita dapat melaksanakan lebih banyak program dan menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, Suhaini berkata, Ramadan tahun ini, pihaknya sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan An-Nur Maisarah untuk menganjurkan majlis iftar selari dengan peranan aktif yayasan tersebut dalam membantu anak yatim dan golongan asnaf di kawasan sekitar.

"Di sini terdapat ramai anak yatim dan asnaf yang menjadikan yayasan ini sebagai tempat bergantung. Jadi kami merasakan ini adalah platform terbaik untuk kami menyumbang," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!