Silap tanda 'Cukai ditanggung oleh majikan', pembayar cukai tidak perlu kemuka pindaan BNCP

LHDN memaklumkan sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai dalam BNCP.
LHDN memaklumkan sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai dalam BNCP.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembayar cukai individu tidak perlu mengemukakan pindaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan kesilapan penandaan ruangan 'Cukai ditanggung oleh majikan' secara tidak sengaja semasa pengisian borang tersebut.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan semakan telah dilaksanakan dan kes yang terlibat berjaya dikenal pasti.

"LHDN mengambil maklum bahawa terdapat pembayar cukai individu yang telah menandakan ruangan 'Cukai ditanggung oleh majikan' secara tidak sengaja semasa mengisi BNCP Tahun Taksiran 2025 dan menyebabkan bayaran balik lebihan cukai masih belum diterima.

"Bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh LHDN," menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan sistem pemprosesan bayaran balik cukai dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai dalam BNCP.

"Oleh itu, ketepatan maklumat yang diisikan adalah penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dilaksanakan dengan lancar dan tanpa sebarang kelewatan," menurut LHDN.

Menurut kenyataan itu, LHDN komited untuk terus memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti selaras dengan usaha berterusan untuk memperkukuh kecekapan pentadbiran percukaian negara. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pembayar cukai individu tidak perlu mengemukakan pindaan BNCP Tahun Taksiran 2025 untuk membetulkan kesilapan penandaan "Cukai ditanggung oleh majikan"
  • LHDN telah mengenal pasti kes yang terlibat dengan kesilapan penandaan tersebut
  • Bayaran balik lebihan cukai bagi kesilapan penandaan akan diproses secara berperingkat oleh LHDN
  • Sistem pemprosesan bayaran balik cukai berlaku secara automatik dan memerlukan ketepatan maklumat dari pembayar cukai
  • LHDN komited memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil dan berintegriti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!