Ubat-ubatan hangus farmasi terbakar

Ubatan yang berada di rak hangus dalam kebakaran terbabit. Foto: Bomba
Ubatan yang berada di rak hangus dalam kebakaran terbabit. Foto: Bomba
A
A
A

KOTA BHARU – Pelbagai jenis ubatan hangus dalam kebakaran yang berlaku di sebuah farmasi di Pintu Pong di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II, Zuzuki Safei berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi sebelum farmasi membuka operasi perniagaan.

“Kami terima panggilan kecemasan pada jam 7.07 pagi dan bergegas ke lokasi untuk memadam api.

“Semasa kejadian, premis masih belum dibuka dan tiada mangsa terlibat,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan kekal dengan keluasan dianggarkan 260 meter persegi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 30.48 meter dan air dari tangki jentera bomba sebelum berjaya dikawal dalam tempoh kurang 15 minit,” katanya.

Keadaan bahagian dalam farmasi yang terbakar.
Foto: Bomba
Keadaan bahagian dalam farmasi yang terbakar. Foto: Bomba

Tambah beliau, seramai 11 anggota bomba dari BBP Kota Bharu serta jentera FRT-1 dan Water Tanker-1 terlibat dalam operasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Operasi dapat dikawal sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambah Zuzuki.

Kebakaran itu menyebabkan operasi premis terpaksa ditutup sementara.

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!