Cadangan BDR tidak melibatkan petugas barisan hadapan, sektor pendidikan

PUTRAJAYA- Cadangan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi perkhidmatan awam tidak membabitkan petugas barisan hadapan dan sektor pendidikan negara, kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurutnya, perkara itu antara penegasan utama dalam perbincangan Jemaah Menteri yang turut meneliti pelaksanaan kaedah kerja tersebut secara menyeluruh.
Beliau berkata, Jemaah Menteri telah menerima laporan awal berkaitan cadangan pelaksanaan BDR dalam sektor awam yang dikemukakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta beberapa perkara disusuli dengan lebih rapi dan dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang, selepas Aidilfitri.
"Ini menjadi keutamaan semestinya adalah sektor bukan kritikal," katanya menerusi sidang akhbar pada Selasa.
Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan, sesi persekolahan berjalan seperti biasa buat masa ini dan tiada sebarang ketetapan berkaitan pelaksanaan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dibuat.
Sebelum ini tular kononnya PdPR akan dilaksanakan susulan cadangan BDR yang akan diputuskan Kabinet, sebagai langkah penjimatan berikutan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat.
Ringkasan AI
- Cadangan Bekerja Dari Rumah bagi perkhidmatan awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan sektor pendidikan
- Penegasan ini dibuat dalam perbincangan Jemaah Menteri
- Laporan awal berkaitan cadangan BDR dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara
- Perdana Menteri meminta susulan lebih rapi akan dibentangkan selepas Aidilfitri
- Sektor bukan kritikal menjadi keutamaan dalam pelaksanaan BDR
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

