Ulama UMNO gesa Kulasegaran letak jawatan Timbalan Menteri

Khairuddin (kiri) dan Ahmad Fadhli menyindir serta menggesa M Kulasegaran untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Khairuddin (kiri) dan Ahmad Fadhli menyindir serta menggesa M Kulasegaran untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Ulama UMNO menggesa M Kulasegaran untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Gesaan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khairuddin Takiri menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Perkara itu dikaitkan dengan kehadiran Kulasegaran mengiringi aktivis, Arun Dorasamy yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membuat kenyataan dengan niat menyebabkan kegentaran awam di media sosial.

"Timbalan Menteri Undang-undang daripada DAP. Sila letak jawatan," katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut menyindir tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Beliau menyifatkan wakil rakyat berkenaan mempunyai banyak masa lapang sehingga masa tersebut diisi dengan mengiringi individu yang didakwa ke mahkamah.

"Timbalan Menteri tentu banyak masa kosong, tiada aktiviti.

"Masa lapang diisi dengan mengiringi orang didakwa ke mahkamah," sindirnya.

Terdahulu, Kulasegaran dilihat mengiringi Arun sewaktu tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

Arun, 56, didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video dimuat naik di Instagram miliknya membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.

Ringkasan AI

  • Majlis Ulama UMNO menggesa M Kulasegaran untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri
  • Gesaan berkenaan disuarakan kerana Kulasegaran mengiringi aktivis, Arun Dorasamy ke mahkamah atas pertuduhan membuat kenyataan menyebabkan kegentaran
  • Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri menyuarakan gesaan itu melalui Facebook
  • Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Kulasegaran kerana mempunyai banyak masa lapang
  • Arun Dorasamy didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan dengan video di WhatsApp dan mengaku tidak bersalah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!