Di sebalik senyuman, tersembunyi derita kanser buah pinggang
Di sebalik senyuman, tersembunyi derita kanser buah pinggang
Di sebalik wajah ceria dan senyuman yang tidak pernah lekang, tersembunyi penderitaan besar yang ditanggung seorang kanak-kanak berusia lima tahun apabila kedua-dua buah pinggangnya rosak akibat penyakit kanser yang dihidapinya sejak kecil, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Kanak-kanak itu, Muhammad Ammar Iffat Mohd Nizam, disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis Bilateral Wilms Tumor sejak berusia setahun lebih, selain mengalami kegagalan kedua-dua buah pinggang tahap lima akibat faktor genetik.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kesihatan #KanserBuahPinggang #AmmarIffat #Jitra
