Pelajar IPT ditemui mati dalam longkang

IPOH - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditemui meninggal dunia di dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Menglembu Impiana Adril di sini pada Ahad.
Mangsa yang ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya hanya disedari jiran yang ketika itu mahu meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sekitar jam 11.20 pagi.
Saksi kejadian yang dikenali sebagai Mani, 58, berkata, ketika memarkir kenderaan di situ keretanya seperti terlanggar objek kecil.

"Jadi saya turun dari kereta tengok macam ada lampu suluh. Masa itulah saya nampak ada lelaki berlumuran darah di muka dalam longkang.
"Lepas itu saya pergi jumpa kawan minta tolong telefon polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dipercayai pelajar IPT ditemui meninggal dalam longkang berhampiran rumah di Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh
- Mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh jiran
- Saksi, Mani, menyedari kejadian ketika keretanya terlanggar objek ketika memarkir
- Saksi melihat lelaki berlumuran darah dalam longkang dan meminta tolong telefon polis
- Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

