Mangsa banjir Sabah kekal 75 orang, dua PPS masih dibuka

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas akibat bencana itu, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan mangsa terlibat.
Menurut JPBN Sabah, PPS yang dibuka yang dibuka sejak Selasa lepas ialah Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.
JPBN Sabah turut memaklumkan pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa serta menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir sentiasa terjaga. - Bernama
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang dari 23 keluarga
- 30 kampung di daerah Paitan terjejas banjir
- Hanya dua pusat pemindahan sementara beroperasi
- PPS dibuka di Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan
- Pihak berkuasa memantau situasi dan salurkan bantuan ke penduduk terjejas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
