Mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal malam ini

Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan manakala di Perak kekal setakat malam ini. Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan manakala di Perak kekal setakat malam ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan manakala di Perak kekal dengan jumlah mangsa tidak berubah setakat malam ini.

Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 264 orang daripada 61 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 329 mangsa daripada 81 keluarga pagi tadi.

Semua mangsa dari daerah Pendang masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Intan Shafinaz.

Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung kekal 124 orang daripada 33 keluarga, menurut Sekretariat JPBN negeri.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan paras air Sungai Kinta di daerah Kinta berada pada tahap amaran dengan bacaan 248.02 meter, melebihi paras normal 243.5 meter. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan
  • Di Kedah, mangsa berkurangan kepada 264 orang dari 61 keluarga
  • Semua mangsa banjir di Kedah dari daerah Pendang
  • Di Perak, jumlah mangsa banjir kekal 124 orang dari 33 keluarga
  • Paras air Sungai Kinta di Kinta melebihi paras normal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!