Di mana Nur Dinie, hilang sejak Isnin

Nur Dinie dilaporkan hilang sejak Isnin lepas. Foto: Polis Kajang
Nur Dinie dilaporkan hilang sejak Isnin lepas. Foto: Polis Kajang
A
A
A

KAJANG - Polis mencari seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani berusia 25 tahun diterima pihaknya pada jam 12.16 tengah hari.

Menurutnya, wanita itu dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 pagi dan alamat terakhirnya ialah Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang.

"Butiran wanita itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter (cm), berbadan kurus dengan berat sekitar 48 ke 49 kilogram (kg) serta berpakaian blazer hitam dan seluar panjang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairulazwan Yunus di talian 013-4480997.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis mencari seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu
  • Laporan kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani berusia 25 tahun diterima pada jam 12.16 tengah hari
  • Wanita itu dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 pagi di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat, Kajang
  • Butiran wanita itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan kurus dengan berat sekitar 48 ke 49 kilogram, berpakaian blazer hitam dan seluar panjang
  • Orang ramai diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atau Sarjan Khairulazwan Yunus untuk maklumat berkaitan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!