Konflik Asia Barat: Mesyuarat Khas Kabinet perinci impak terhadap Malaysia

Fadillah beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa IWK di IWK Eco Park Pantai Dalam pada Khamis. Foto Bernama
Fadillah beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Istimewa IWK di IWK Eco Park Pantai Dalam pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penilaian impak konflik di Asia Barat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap Malaysia akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Apa yang lebih penting adalah untuk kita bersiap siaga terutamanya melibatkan sudut ekonomi rakyat. Perincian lanjut akan diumumkan esok selepas mesyuarat.

"Kita tidak mahu membuat sebarang keputusan sebelum semua perkara dibincangkan secara terperinci," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Sahabat Istimewa Indah Water Konsortium di sini pada Khamis. 

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah pun mengadakan perbincangan awal mengenai isu berbangkit susulan konflik berkenaan.

Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari lalu susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penilaian impak konflik di Asia Barat terhadap Malaysia akan dibincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan pentingnya bersiap siaga dari sudut ekonomi
  • Keputusan akan diumumkan sehari selepas mesyuarat
  • Jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II mengadakan perbincangan awal mengenai isu konflik
  • Ketegangan di Asia Barat berlaku susulan serangan Israel dan AS ke atas Iran serta serangan balas Iran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!