Polis rekod keterangan 12 individu bantu siasatan kes bayi maut

Azizee
Azizee
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mereka terdiri daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan itu serta ibu bapa bayi tersebut.

"Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakamkan kenyataan,” katanya ketika dihubung hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez pada 4.20 pagi Isnin selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam sehari kerana ibunya, seorang jururawat bertugas syif malam.

Sehubungan dengan itu, polis menahan dua wanita berusia 22 tahun yang kini direman sehingga 16 Mac untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Polis telah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan kes kematian bayi berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam Hospital Seberang Jaya
  • Keterangan diambil daripada pekerja dan pemilik pusat asuhan serta ibu bapa bayi tersebut
  • Polis mengesahkan kematian Hayl Haarith Mohd Syafaeez selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri
  • Bayi tersebut dihantar ke pusat asuhan kerana ibunya bertugas syif malam sebagai jururawat
  • Polis menahan dua wanita berusia 22 tahun dan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!