Empat tahun jual beriani, peniaga tak pernah buang lebihan makanan

ISKANDAR PUTERI – Peniaga nasi beriani, Amirul Salleh, 35, menegaskan tidak pernah membuang sebarang lebihan makanan jualan sepanjang empat tahun berniaga di Bazar Ramadan Taman Perling di sini.
Menurutnya, makanan yang tidak habis dijual akan disedekahkan dan kebiasaannya hanya sekitar lima bungkus.
“Setiap hari, saya memasak sekitar 10 kilogram beriani, manakala pada hujung minggu jumlah itu meningkat kepada lebih 15 kilogram.
“Menu utama termasuk beriani ayam, ayam masak merah, kambing beriani dan daging beriani. Tahun ini, kami menjual beriani ayam pada harga RM10 sebungkus berbanding RM12 tahun lepas.
“Niat berniaga bukan sekadar mencari untung, tetapi juga beramal dan membantu orang susah,” katanya.

Ujar Amirul, kaedah memasak beriani kukus membolehkan makanan itu tahan lebih lama dan selamat untuk dimakan beberapa jam selepas bazar Ramadan tamat operasi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati program Ihsan Foodbank Ramadan di bazar itu mengumpul lebihan makanan tidak terjual untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.
Ringkasan AI
- Peniaga nasi beriani, Amirul Salleh, tidak pernah membuang lebihan makanan sepanjang empat tahun berniaga di Bazar Ramadan Taman Perling
- Makanan tidak habis dijual akan disedekahkan dengan biasanya hanya lima bungkus lebihan
- Amirul memasak sekitar 10 kilogram beriani setiap hari dan lebih pada hujung minggu
- Menu utama termasuk beriani ayam, ayam masak merah, kambing beriani dan daging beriani dengan beriani ayam dijual pada harga RM10 sebungkus
- Kaedah memasak beriani kukus membolehkan makanan tahan lebih lama dan selamat dimakan beberapa jam selepas bazar tamat operasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

