JAS nafi terlibat kes penipuan babit kerugian RM48,300

PUTRAJAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan sebarang kaitan dengan kes penipuan melibatkan peniaga kerugian RM48,300 selepas didakwa diperdayakan individu menyamar sebagai pegawai jabatan itu untuk membuat tempahan barangan.
Dalam kenyataan hari ini, JAS menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan individu atau pihak yang terlibat dalam penipuan itu.
"JAS memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama jabatan bagi memperdayakan orang awam.
"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan membuat semakan dengan jabatan jika menerima komunikasi atau tawaran menggunakan nama JAS, khususnya yang melibatkan urusan kewangan atau transaksi pembayaran,” menurut kenyataan itu.
JAS menjelaskan semua urusan rasmi dengan jabatan itu hanya dilaksanakan melalui saluran komunikasi dan prosedur rasmi yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan menggunakan nama JAS disaran segera membuat laporan polis. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan kaitan dengan kes penipuan melibatkan peniaga kerugian RM48,300
- JAS menegaskan tiada hubungan dengan individu atau pihak dalam penipuan itu
- JAS menyalahkan tindakan menyalahgunakan nama jabatan untuk menipu
- Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan membuat semakan dengan JAS jika menerima tawaran mencurigakan
- JAS mengarahkan urusan rasmi hanya melalui saluran komunikasi rasmi dan orang ramai disaran membuat laporan polis jika menjadi mangsa penipuan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
