15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .Gambar hiasan.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) .Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA KINABALU -  Sebanyak 15 pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Armada Bersatu Sabah, Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berkata, selain beliau, antara yang mengambil tindakan keluar parti dan melepaskan semua jawatan disandang ialah barisan pemimpin dari Tuaran, Sepanggar, Pensiangan, Keningau, Papar, Tawau, Putatan serta Beluran.

Mohd Hisyam Hazaril yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata, keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertontonkan kepada umum.

"Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti semakin berlarutan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata, pendekatan memecat dan tindakan disiplin yang tidak konsisten serta bersifat selektif dalam mengurus perbezaan pandangan turut menjadi punca kumpulan itu menolak budaya politik berkenaan.

Langkah meninggalkan parti, katanya adalah mesej jelas bahawa pimpinan anak muda menolak politik perpecahan dan mereka akan terus memperjuangkan agenda golongan itu demi masa depan negeri dan negara. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti berkuat kuasa serta-merta
  • Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berserta pemimpin dari Tuaran, Sepanggar, Pensiangan, Keningau, Papar, Tawau, Putatan, dan Beluran melepaskan semua jawatan
  • Keputusan keluar parti disebabkan kecewa dengan kemelut dalaman parti yang semakin meruncing
  • Konflik dalaman dan budaya serangan terbuka oleh kepimpinan menjejaskan imej parti dan keyakinan rakyat
  • Pemimpin muda menolak politik perpecahan sebagai mesej jelas melalui langkah meninggalkan parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!