Perang Asia Barat: Proses evakuasi rakyat Malaysia dalam fasa akhir

Malaysia berada dalam fasa akhir persiapan operasi evakuasi rakyat dari beberapa negara di Asia Barat susulan konflik yang semakin meruncing di rantau tersebut. - Gambar hiasan
Malaysia berada dalam fasa akhir persiapan operasi evakuasi rakyat dari beberapa negara di Asia Barat susulan konflik yang semakin meruncing di rantau tersebut. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kerajaan Malaysia kini berada dalam fasa akhir persiapan bagi melaksanakan proses evakuasi rakyat dari beberapa negara yang terjejas akibat konflik di Asia Barat susulan perkembangan yang semakin meruncing di rantau tersebut.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin berkata, proses evakuasi dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.

“MKN akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan,” katanya menerusi Taklimat Operasi Evakuasi di sini pada Isnin.

Turut hadir Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Ikram Mohd Ibrahim.

Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalam operasi bersama melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang mensasarkan keupayaan nuklear dan ketenteraan sekali gus mencetuskan perang berskala lebih besar di rantau Asia Barat.

Sebagai serangan balas, Iran melancarkan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di negara Teluk seperti Iraq, Syria dan Qatar serta infrastruktur di Israel.

Dalam pada itu, Raja Nurshirwan memaklumkan MKN bersama KLN juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat Malaysia ini selesai.

“Kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke tanah air dengan selamat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Malaysia dalam fasa akhir persiapan evakuasi rakyat dari negara terjejas konflik Asia Barat
  • Proses evakuasi atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • MKN akan menyelaras operasi evakuasi dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri
  • Operasi melibatkan pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan
  • Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat menjadi keutamaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!