Tiga lelaki tempatan ditahan seludup 1,000 kg beras Siam

Tiga lelaki dicekup PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor selepas dipercayai menyeludup 1,000 kilogram (kg) beras dari negara jiran di Kampung Lundang Paku, Kota Bahru pada Ahad. Foto: PPM
Tiga lelaki dicekup PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor selepas dipercayai menyeludup 1,000 kilogram (kg) beras dari negara jiran di Kampung Lundang Paku, Kota Bahru pada Ahad. Foto: PPM
A
A
A

TUMPAT - Tiga lelaki dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor selepas dipercayai menyeludup 1,000 kilogram (kg) beras dari negara jiran di Kampung Lundang Paku, Kota Bahru pada Ahad.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal@Zainan berkata, tangkapan tiga lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 39 tahun itu dilakukan semasa penugasan Op Taring Landai/Op Taring Kontraband.

"Kami telah memintas lori terbabit selepas ia dipandu dalam keadaan mencurigakan di bulatan Pasir Pekan, Wakaf Bharu di sini.

"Sebelum itu anggota telah mengekori kenderaan terbabit sejauh 15 kilometer (km) sebelum berjaya memintas dan menahannya di bahu jalan Kampung Lundang Paku, Ketereh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,000 kg beras putih import disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

Sementara itu ujarnya, semakan mendapati dia daripada tiga suspek tersebut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Mohd Khairuddin memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan dirujuk kepada Kawalselia Padi & Beras (KPB), Kelantan.

"Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM290,000.

"Kes ini merupakan yang keempat melibatkan kesalahan beras putih import direkodkan PPM Wilayah Tiga bagi suku tahun 2026," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki ditangkap kerana menyeludup 1,000 kg beras dari negara jiran di Kampung Lundang Paku, Kota Bahru
  • Penangkapan dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga semasa penugasan Op Taring Landai/Op Taring Kontraband
  • Lori tersebut dipintas selepas diikuti sejauh 15 km dari bulatan Pasir Pekan, Wakaf Bharu
  • Salah satu dari tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM290,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!