Jenazah Syed Muhammad Naquib selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini jam 12.30 tengah hari, Isnin.
Van membawa jenazah tokoh ilmuwan dan pemikir peradaban Islam kontemporari berusia 94 tahun itu tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 12 tengah hari.
Jenazah kemudian selamat dikebumikan jam 12.30 tengah hari.
Turut berkenan berangkat ke pengebumian berkenaan bersama kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini yang turut disertai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Solat jenazah yang turut disertai beberapa Menteri Kabinet, ahli keluarga, rakan serta penduduk setempat itu diimamkan oleh anak Allahyarham Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang pada Ahad. - Bernama
Ringkasan AI
- Jenazah Allahyarham Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
- Van membawa jenazah tiba di perkarangan tanah perkuburan pada 12 tengah hari
- Jenazah selamat dikebumikan pada 12.30 tengah hari
- Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke pengebumian
- Solat jenazah diimamkan oleh anak Allahyarham, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas di Masjid al-Taqwa TTDI
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
