Lelaki maut kereta jatuh gaung

Keadaan di lokasi kemalangan di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak pada Ahad.
Keadaan di lokasi kemalangan di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.46 malam.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 28 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa berusia 56 tahun mengalami cedera parah selepas dipercayai tercampak keluar dari kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung kira-kira 80 meter.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa naik mangsa dari kawasan gaung berkenaan," tambahnya.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jam 1.15 pagi pada Isnin.

"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dalam insiden kereta terjatuh dalam gaung di Genting Sempah ke Gombak
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor terima panggilan kecemasan malam Ahad
  • Mangsa 56 tahun mengalami cedera parah setelah tercampak dari Perodua Kancil
  • Anggota bomba bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh KKM, kes diserahkan kepada polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!