Selamba jual sarapan di medan selera kepada pelanggan Islam

Operasi JAIM babit kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan Khamis lalu.
Operasi JAIM babit kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan Khamis lalu.
A
A
A

MELAKA - Tindakan peniaga tanpa rasa bersalah menjual sarapan seawal jam 9 pagi kepada pelanggan beragama Islam membawa padah selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Perbuatan itu dilakukan di medan selera di kawasan industri Ayer Keroh ketika operasi dijalankan JAIM Khamis lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai sembilan individu berusia 20-an hingga 40-an ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti menjual dan membeli makanan.

“Pemeriksaan mendapati penjual dipercayai mula menjual makanan seawal pukul 9 pagi kepada pelanggan beragama Islam sedangkan mereka tahu perbuatan itu salah.

“Kita kecewa dengan sikap tidak mempedulikan sensitiviti bulan ibadah semata-mata mahu mengejar keuntungan,” katanya.

Operasi JAIM babit kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan Khamis lalu.
Operasi JAIM babit kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan Khamis lalu.

Ujarnya, mereka ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tiga perempuan dengan tiga daripadanya merupakan pelanggan yang disyaki ponteng puasa.

“Tiga pelanggan itu ada bekerja sendiri dan juga dalam sektor swasta tidak dapat memberikan alasan munasabah melakukan kesalahan itu.

Artikel Berkaitan:

“Kesemua mereka telah dikeluarkan Surat Perintah Hadir kerana disyaki melanggar Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Katanya, JAIM akan terus mempergiatkan operasi pemantauan di beberapa lokasi tumpuan sehingga ke akhir Ramadan ini bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang syariah.

 

Ringkasan AI

  • Peniaga menjual sarapan pada jam 9 pagi kepada pelanggan Islam di Ayer Keroh
  • Sembilan individu berusia 20-an hingga 40-an ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka
  • Penjual dan pelanggan tahu tindakan menjual dan membeli makanan itu salah semasa bulan Ramadan
  • Enam lelaki dan tiga perempuan ditahan termasuk tiga pelanggan yang ponteng puasa
  • Operasi pemantauan oleh JAIM akan diperketatkan hingga akhir Ramadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!