Santuni keluarga asnaf

Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan Mohd Rafie Zakaria (kiri) menyantuni serta menyerahkan duit raya kepada anak-anak keluarga asnaf pada Program Rahmah Ramadan MAIWP "Shopping Riang Raya” di pasar raya Utama Jaya Superstore Labuan hari ini.
Seramai 100 asnaf melibatkan 17 buah keluarga terpilih membeli pakaian Hari Raya melibatkan perbelanjaan RM35,000.
Selain itu, kesemua 100 orang penerima turut menerima duit raya bernilai RM50 seorang dengan nilai keseluruhan RM5,000.
Bantuan ini dapat meringankan beban dan menyemarakkan kegembiraan golongan asnaf menyambut Syawal dengan penuh bermakna selaras dengan aspirasi memperkasa kebajikan ummah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
