Tular video polis kena tendang: Pesakit mental rupanya...

Klip memaparkan kejadian seorang lelaki pesakit mental menendang anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan berlaku di Jalan Bukit Bintang Jumaat lalu.
Klip memaparkan kejadian seorang lelaki pesakit mental menendang anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan berlaku di Jalan Bukit Bintang Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki yang bertindak menendang anggota polis dalam video tular di media sosial sejak semalam, merupakan pesakit mental.

Kejadian pada jam 11.45 malam Jumaat lalu itu berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cuba melerai pergaduhan antara lelaki tersebut dengan seorang lagi individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, ketika anggota polis tiba di lokasi pergaduhan itu, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan menendang pagar besi di kawasan berkenaan.

Menurutnya, anggota polis cuba menangkap lelaki itu dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan individu terbabit menendang anggota polis.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya ditahan dan ditenangkan oleh anggota polis.

"Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan adalah pesakit mental dan bergaduh dengan rakannya yang juga pesakit mental di kawasan berkenaan," katanya.

Tambah Sarifudin, lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kemudian diberikan ubat penenang oleh doktor sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

“Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Rakan lelaki terbabit pula enggan membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu video memaparkan lelaki bertindak menendang salah seorang anggota polis yang menangkapnya tular di media sosial.

Tiga anggota polis dilihat memegang lelaki itu yang cuba meronta melepaskan diri. Lelaki berkenaan tidak semena-menang menendang ke belakang dan mengenai salah seorang anggota polis berkenaan.