Kemudahan pembayaran zakat yang sah dan selamat di aplikasi digital AEON Bank

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia, memperkenalkan kemudahan pembayaran zakat menerusi aplikasi perbankan digitalnya, sekali gus memudahkan pelanggan Muslim menunaikan kewajipan Zakat Fitrah sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif tersebut direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Tulus Digital, sebuah platform teknologi kewangan (fintech) sosial Islamik yang dilantik sebagai ejen bertauliah kutipan zakat bagi pihak institusi zakat negeri termasuk Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor.

Kerjasama itu menawarkan penyelesaian digital menyeluruh yang sah dan selamat, membolehkan pembayaran zakat dilakukan terus di hujung jari pelanggan menerusi telefon pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, pihaknya percaya perbankan digital perlu melangkaui fungsi pengurusan kewangan semata-mata, sebaliknya turut menyokong gaya hidup serta nilai murni pelanggan.

“Dengan mengintegrasikan ciri pembayaran zakat di aplikasi AEON Bank, inisiatif ini memperkukuh usaha kami dalam melaksanakan amanah untuk memudahkan pelanggan menunaikan kewajipan agama tanpa kerumitan. Kerjasama dengan Tulus Digital mencerminkan komitmen kami untuk menggabungkan teknologi beretika selari dengan tuntutan Ramadan, sekali gus membolehkan pelanggan beribadah dengan lebih tenang sementara kami menguruskan aspek teknikal,” katanya.

Pengurusan tertinggi AEON Bank dan Tulus Digital bergambar bersama selepas pelancaran aplikasi pembayaran zakat digital yang sah dan selamat.
Pengurusan tertinggi AEON Bank dan Tulus Digital bergambar bersama selepas pelancaran aplikasi pembayaran zakat digital yang sah dan selamat.

Lebih mudah, sah dan diyakini

Kemudahan yang diperkenalkan itu menawarkan beberapa kelebihan utama antaranya:

Artikel Berkaitan:

Kemudahan di hujung jari - Pelanggan tidak perlu lagi beratur atau ke kaunter fizikal kerana pembayaran boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa hanya dengan beberapa langkah mudah.

Pilihan zakat komprehensif - Merangkumi 11 jenis zakat termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas dan Zakat KWSP.

Dijamin patuh Syariah - Setiap transaksi disertakan dengan lafaz akad secara digital bagi memastikan zakat ditunaikan mengikut tuntutan Syariah yang sah.

Rekod pembayaran automatik - Resit pembayaran diterima terus dalam aplikasi AEON Bank bersama notifikasi rasmi daripada Tulus Digital. Resit rasmi pengecualian cukai daripada institusi zakat negeri pula boleh diakses melalui portal rasmi agensi berkaitan.

Sementara itu, Pengarah Komersial Tulus Digital, Ubaida Othman berkata, fokus utama pihaknya adalah menyediakan penyelesaian kewangan sosial dan pembayaran digital yang selamat serta berlandaskan Syariah.

“Tulus Digital menyediakan penyelesaian pembayaran melalui integrasi API dan aplikasi mudah alih terus ke dalam akaun bank institusi bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa zakat negeri, rakan korporat dan institusi kewangan di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama strategik dengan AEON Bank, kami komited memperkukuh ekonomi digital kewangan Islam negara dengan menggabungkan teknologi beretika, tadbir urus Syariah dan inovasi kewangan bermatlamat,” ujarnya.

Bayar zakat dengan sah melalui empat langkah mudah

Rujukan: Aliran proses pembayaran zakat pelanggan di aplikasi AEON Bank
Rujukan: Aliran proses pembayaran zakat pelanggan di aplikasi AEON Bank

Proses pembayaran zakat di aplikasi AEON Bank diringkaskan kepada empat langkah utama:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi AEON Bank dengan memuat turun aplikasi dan mengaktifkan Akaun Simpanan-i.

Langkah 2: Pilih ikon ‘Zakat’ di skrin utama, kemudian pilih agensi zakat bertauliah serta jenis zakat yang ingin ditunaikan.

Langkah 3: Masukkan maklumat diperlukan termasuk bilangan tanggungan atau kategori beras (bagi Zakat Fitrah).

Langkah 4: Sahkan dan lengkapkan pembayaran dengan meneliti butiran, bersetuju dengan Terma & Syarat serta ‘Aqad’, sebelum mengesahkan transaksi.

Selepas pembayaran berjaya, pelanggan akan menerima resit melalui aplikasi AEON Bank, notifikasi pembayaran daripada Tulus Digital ke e-mel berdaftar serta resit rasmi zakat daripada agensi berkaitan melalui laman sesawang masing-masing.

Kemudahan baharu ini turut melancarkan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. AEON Bank memaklumkan pihaknya akan memperluaskan kemudahan berkenaan secara berperingkat ke institusi zakat negeri lain dalam masa terdekat.

Langkah itu selaras dengan komitmen bank berkenaan untuk memperluas akses kepada penyelesaian kewangan digital yang diyakini serta berteraskan tadbir urus Syariah, sekali gus mengintegrasikan keperluan kewangan dan kewajipan agama dalam satu platform digital yang selamat dan dipercayai.

Klik di sini  untuk maklumat lanjut, serta muat turun aplikasi AEON Bank melalui kod QR dibawah untuk membuat pembayaran Zakat Fitrah pada Ramadan ini.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!