Mufti Kelantan dibenarkan keluar hospital

Mohamad Shukri
Mohamad Shukri
A
A
A

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pertengahan Mac lalu sudah dibenarkan pulang ke rumahnya hari ini.

Sumber keluarganya memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital itu apabila mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak baru-baru ini.

“Alhamdulillah ayah sudah berada di rumah berehat. Sudah boleh balik hari ini. Keadaan ayah sihat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian difahamkan beliau sebelum ini diminta membuat ujian saringan koronavirus (Covid-19) selepas mengalami demam yang berpanjangan.

Mohamad Shukri dimasukkan ke HRPZ II pada 18 Mac lalu selepas mempunyai tanda-tanda jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: