Takiyuddin Ketua Pembangkang, Johari jawab belum dapat surat

JOHARI
JOHARI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, beliau belum menerima sebarang surat mengenai calon Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, Hamzah masih dianggap memegang jawatan berkenaan selagi tiada pemakluman baharu diterimanya.

“Jelutong itu bukan urusan dewan, itu urusan parti masing-masing yang saya tidak mahu campur.

“Selagi saya tidak dapat surat, maka YB Larut masih Ketua Pembangkang. Esok saya tidak tahu,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai dakwaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang baharu.

Rayer sebelum itu, bangkit mencelah dengan bertanyakan mengenai dakwaan Takiyuddin dicadang sebagai Ketua Pembangkang baharu.

“Saya bangun di bawah Peraturan 4(a) mengenai siapa yang sah sebagai Ketua Pembangkang. Speaker telah beritahu tidak menerima sebarang pemakluman.

“Sadengar khabar angin bahawa Kota Bharu telah dicadangkan. Cuma saya nak tanya penjelasan sudah terima atau belum terima lagi? Soalnya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menggesa supaya pimpinan Pas segera menamakan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Artikel Berkaitan:

Langkah itu penting katanya, memandangkan ia melibatkan imej dan maruah Perikatan Nasional PN.

Ujarnya, ini kerana Hamzah sudah tidak lagi menjadi ahli Bersatu dan PN kerana dipecat parti, sekali gus tidak berhak untuk terus memegang jawatan tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi PN yang baharu menggantikan Muhyiddin.

 

 

Ringkasan AI

  • Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat penggantian Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang
  • Hamzah masih dianggap memegang jawatan Ketua Pembangkang selagi tiada pemakluman baharu
  • RSN Rayer bangkit mencelah tentang dakwaan Takiyuddin Hassan dicadang sebagai Ketua Pembangkang baharu
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Pas menamakan Ketua Pembangkang baharu menggantikan Hamzah Zainuddin
  • Hamzah dipecat dari Bersatu dan PN, tidak berhak memegang jawatan Ketua Pembangkang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!