Kes kematian Syamsul Haris: Tiga jurulatih Palapes didakwa
27 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian pelatih Palapes UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor azura Md Amin.
Tertuduh, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40, Kapten Muhamad Bahauddin, 30, dan Pegawai Waran Mohd Norbuangani Mislan, 41, didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayah #kes302 #kesSyamsulHaris #justiceforSyamsulHaris
