206 ditangkap, 53 didakwa ingkar PKP di Pahang

Seramai 22 individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Kuantan telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman, semalam.
Seramai 22 individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Kuantan telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 206 individu ingkar ditangkap dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak 18 Mac hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah tersebut 104 kertas siasatan telah dibuka, 53 telah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan.

Menurutnya, tindakan itu membuktikan ketegasan pihak berkuasa dalam membantu kerajaan menangani penularan pandemik Covid-19 di negeri ini daripada berleluasa.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk terus kekal berada di rumah. Memasuki fasa kedua PKP, PDRM akan lebih bertegas dengan mereka yang degil dan ingkar.

"Dengan pelaksanaan tangkapan dan pendakwaan di mahkamah, kita harap orang awam mengambil iktibar dan pengajaran lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih ingkar. Jangan langgar arahan dan teruskan berada di rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kesemua individu ditangkap boleh didakwa di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, jika sabit kesalahan.

"Tempoh mendidik dan menasihati sudah tamat. Kini PDRM Pahang lebih tegas dengan tangkapan dan pendakwaan. Pastikan hanya ketua keluarga yang keluar membeli keperluan dan mereka yang bekerja atau yang dibenarkan sahaja keluar rumah.

Artikel Berkaitan:

"Itu pun perlu mempunyai surat atau alasan kukuh. Ketua keluarga yang keluar membeli keperluan perlu mematuhi garis panduan dan radius pergerakan," katanya.