Insiden tembak: Kerajaan tidak kompromi dengan pihak ancam keselamatan negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membuat ancaman terhadap keselamatan negara dengan tindakan tegas akan diambil.

Jaminan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai reaksi terhadap insiden tembakan melibatkan kenderaan yang dinaiki Komander Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir pada pagi Rabu.

Tegas beliau, kerajaan memandang serius insiden berkenaan dan kes disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya bersyukur beliau selamat," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu media melaporkan Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian cubaan bunuh ketika beliau memandu ke masjid yang terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh.

Difahamkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Dalam pada itu, Saifuddin menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Malaysia tegas tidak akan berkompromi dengan ancaman terhadap keselamatan negara
  • Insiden tembakan terhadap Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin M Nasir, disiasat oleh PDRM
  • Menteri Dalam Negeri bersyukur komander terbabit selamat dalam insiden cubaan bunuh
  • Mohd Nasaruddin terselamat dalam percubaan pembunuhan ketika dalam perjalanan untuk solat Subuh
  • Saifuddin Nasution menyeru masyarakat untuk tidak berspekulasi dan membiarkan autoriti menjalankan siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!