Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Stok beras negara mampu tampung keperluan lebih 5 bulan jika bencana

25 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Stok fizikal beras semasa negara mampu menampung keperluan rakyat bagi tempoh 5.45 bulan sekiranya Malaysia berdepan bencana seperti banjir atau perubahan iklim yang mengakibatkan gangguan bekalan makanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat 3 Februari lalu, jumlah stok beras negara mencecah 1,089,285 tan metrik merangkumi 200,000 tan metrik stok penimbal dan 889,285 tan metrik stok dagangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769368/berita/nasional/stok-beras-negara-mampu-tampung-keperluan-lebih-5-bulan-jika-bencana

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #beras