'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille
24 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa
