'Penduduk kantoikan cubaan penjenayah pecah masuk rumah'

Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
Foto: Facebook My Kuala Langat
Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal Foto: Facebook My Kuala Langat
A
A
A

BANTING - Cubaan seorang lelaki melakukan jenayah pecah masuk kediaman di Kampung Kanchong Darat di sini gagal selepas perbuatannya disedari penduduk pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan kerjasama penduduk setempat sebelum berjaya menahan suspek warga tempatan di lokasi terbabit.

"Pemeriksaan pada suspek berusia 25 tahun menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan pecah rumah.

Antara barang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah di Kanchong Darat. Foto: Facebook My Kuala Langat
Antara barang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah di Kanchong Darat. Foto: Facebook My Kuala Langat

"Siasatan awal polis percaya suspek telah cuba memecah masuk sebuah rumah namun gagal apabila perbuatannya disedari penduduk setempat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah dan dadah.

Tambahnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 28(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan:

Katanya, IPD Kuala Langat merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada penduduk setempat dan semua yang terlibat dalam usaha membantu pihak polis menangani jenayah.

Ringkasan AI

  • Cubaan pecah masuk kediaman di Kampung Kanchong Darat gagal selepas perbuatan suspek disedari oleh penduduk
  • Maklumat kejadian diterima polis kira-kira jam 11 malam
  • Suspek warga tempatan berusia 25 tahun berjaya ditahan dengan kerjasama penduduk setempat
  • Pemeriksaan menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah
  • Suspek memiliki rekod jenayah berkaitan pecah rumah dan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!