Adik Raja Charles III ditahan kes berkait Epstein

SANDRINGHAM - Keluarga diraja Britain sekali lagi berdepan krisis memalukan pada Khamis selepas Putera Andrew yang dilucutkan gelaran ditahan pihak berkuasa.
Adik kepada pemerintah, Raja Charles III itu didakwa melakukan salah laku berhubung kaitannya dengan pesalah seksual Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein.
Penahanannya di sebuah estet diraja Sandringham di timur England dibuat selepas pendedahan pada minggu lalu yang mendakwa Andrew, 66, memberikan dokumen sulit kepada Epstein ketika beliau berkhidmat sebagai Wakil Perdagangan Britain, jawatan disandangnya pada 2001.
Polis Lembah Thames mengesahkan beliau telah dibebaskan selepas berada dalam tahanan selama kira-kira 11 jam sementara siasatan masih dijalankan.
Pada Jumaat, hampir kesemua muka depan akhbar tempatan memaparkan tajuk berita dan gambar Andrew ketika meninggalkan balai polis.
"Era kejatuhan' menurut tajuk kontroversi Daily Mail.
Raja Charles III melucutkan gelaran adiknya dan mengarahkannya meninggalkan Windsor pada tahun lalu, namun Andrew masih kekal di tempat kelapan dalam susunan pewarisan takhta. - AFP
Ringkasan AI
- Keluarga diraja Britain berdepan krisis memalukan selepas Putera Andrew ditahan berkaitan salah laku dengan Jeffrey Epstein
- Penahanan Putera Andrew dibuat di estet diraja Sandringham, timur England berikutan pendedahan memberikan dokumen sulit kepada Epstein
- Andrew dibebaskan selepas 11 jam dalam tahanan sementara siasatan berjalan
- Muka depan akhbar tempatan memaparkan tajuk berita dan gambar Andrew ketika meninggalkan balai polis
- Raja Charles III telah melucutkan gelaran Putera Andrew dan mengarahkannya meninggalkan Windsor, tetapi Andrew masih kekal di tempat kelapan dalam susunan pewarisan takhta
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
