Steven Sim dirawat di hospital, disaran berehat

SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong kini menerima rawatan di sebuah hospital.
Perkembangan itu dikongsikan beliau menerusi akaun Facebook miliknya pada Jumaat.
Menurutnya, keadaan kesihatan beliau memerlukan rehat selepas melalui jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu lalu.
“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor menasihatkan supaya berehat seketika.
“I'll be back soon, stronger! Jalan terus! Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya ringkas.
Ringkasan AI
- Steven Sim Chee Keong kini dirawat di hospital
- Keadaan kesihatan memerlukan rehat kerana jadual kerja padat
- Masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina
- Doktor menasihatkan supaya berehat seketika
- Steven Sim yakin akan kembali lebih kuat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
