Arsenal tak mampu menang empat piala

Arsenal diramal akan kecundang dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.
Arsenal diramal akan kecundang dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.
A
A
A

LEGENDA Liverpool, Didi Hamann percaya impian Arsenal untuk membolot empat kejuaraan atau 'quadruple' pada musim ini tidak akan kesampaian, malah mendakwa Bayern Munich mampu menewaskan skuad kendalian Mikel Arteta itu jika kedua-duanya bertemu dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Walaupun sekadar seri 1-1 menentang Brentford pada Khamis, Arsenal masih kekal memimpin takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan empat mata di hadapan Manchester City.

Selain prestasi cemerlang dalam liga, The Gunners turut mempamerkan aksi meyakinkan dalam ketiga-tiga pertandingan piala domestik dan Eropah.

Kemenangan menerusi dua perlawanan timbal balik menentang Chelsea sebelum ini membolehkan Arsenal menempah slot ke final Piala Liga apabila mereka dijadual bertemu Manchester City bulan depan.

Dalam saingan Liga Juara-Juara pula, Arsenal menamatkan saingan fasa liga di kedudukan teratas dan bakal berdepan salah satu pasukan antara Borussia Dortmund, Olympiacos, Atalanta atau Bayer Leverkusen pada pusingan 16 terbaik.

Skuad Arteta juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara dalam saingan Piala FA apabila dijadual melayan kunjungan kelab League One, Wigan Athletic pada pusingan keempat hujung minggu ini.

Bagaimanapun, Hamann beranggapan kelab utara London itu akan tewas dalam misi memburu 'treble' bersejarah tersebut, selain meramalkan Bayern bersedia membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Arsenal pada awal musim ini jika kedua-dua pasukan bertembung di peringkat kalah mati.

"Biasanya pada masa lalu, Bayern sentiasa mengatasi Arsenal. Jadi, saya rasa itu adalah salah satu sebab mengapa Arsenal sangat terdesak untuk membuktikan bahawa tahun ini adalah tahun mereka.

"Bayern telah tercicir beberapa mata dalam dua minggu terakhir. Ketika menentang Hoffenheim, berlaku layangan kad merah awal, malah Hoffenheim terkena palang dan mempunyai tiga peluang keemasan. Mereka sepatutnya berada di depan pada separuh masa pertama.

Artikel Berkaitan:

"Jadi Bayern Munich tidak berada pada tahap terbaik seperti musim luruh lalu. Namun, jika mereka kembali menemui rentak, saya akan memihak kepada Bayern Munich untuk menang dalam perlawanan dua pusingan," katanya.

Ringkasan AI

  • Didi Hamann percaya Arsenal tidak akan berhasil memenangi empat kejuaraan musim ini
  • Hamann mendakwa Bayern Munich mampu mengalahkan Arsenal di Liga Juara-Juara
  • Arsenal kekal memimpin Liga Perdana Inggeris dan berpeluang ke final Piala Liga
  • Arsenal berada di kedudukan teratas kumpulan Liga Juara-Juara dan akan berdepan pasukan seperti Borussia Dortmund di pusingan 16 terbaik
  • Hamann ramal Bayern akan membalas dendam atas kemenangan awal musim Arsenal terhadap mereka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!