'Tak mampu sedia RM33,300'

Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.
Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.
A
A
A

SEREMBAN - Terdapat kalangan pendaftar haji yang menyimpan hasrat untuk membuat rayuan, namun terpaksa dipendamkan kerana tidak mampu menyediakan bayaran penuh sebanyak RM33,300 jika permohonan itu diluluskan.

Zaleha Yaakub, 58, dari Kampung Simpang, Johol berkata, ia berdasarkan syarat semasa menetapkan individu yang tidak tersenarai dalam giliran haji tetapi membuat rayuan perlu membayar penuh RM33,300.

Menurutnya, kadar itu terlalu tinggi baginya dengan keadaan ekonomi sekarang selain faktor usia yang membataskan kudrat untuk bekerja kuat seperti ketika muda.

“Sekarang saya dan suami bergantung pendapatan bengkel besi, tempahan tidak menentu. Bukan hari-hari ada tempahan seperti peniaga kedai makan.

“Kalau kadar RM15,000 boleh dicari tapi RM33,300 memang tak mampu. Saya ada cadangan buat rayuan dua tahun lepas tapi terpaksa batalkan sebab tak nak susahkan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Zaleha berharap kerajaan dan Tabung Haji (TH) mempertimbangkan diskaun khas kepada jemaah berusia 55 tahun ke atas.

Sementara itu, pesara tentera, Abu Ibon, 63, berkata, dia memahami haji hanya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan namun berharap TH dan kerajaan dapat memberi kelonggaran kepada warga emas agar impian mereka ke Tanah Suci tetap tercapai.

“Bila dah berusia, kekuatan pun berkurangan. Kalau ikut pakej RM33,300, ramai terpaksa melupakan niat kerana tak ada lagi pendapatan tetap.

“Kalau ia melibatkan kos tinggi atau kekangan peruntukan, mungkin kuota rayuan warga emas boleh dihadkan setiap tahun bagi memberi peluang kumpulan ini ke Tanah Suci dengan subsidi atau diskaun mengikut kadar muassasah,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pendaftar haji yang ingin membuat rayuan perlu membayar penuh RM33,300
  • Zaleha Yaakub menyatakan kadar bayaran itu terlalu tinggi bagi situasi ekonominya
  • Zaleha berharap kerajaan dan Tabung Haji memberikan diskaun khas untuk jemaah berusia 55 tahun ke atas
  • Pesara tentera, Abu Ibon, mengharapkan kelonggaran bagi warga emas untuk memenuhi impian ke Tanah Suci dengan subsidi atau diskaun
  • RM15,000 dikatakan masih mampu dicari berbanding jumlah penuh yang diminta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!