Jaga-jaga Selangor FC

Kei Oshiro (kiri) dan An Sangsu dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama NSFC menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium MBPJ malam ini. Foto Bernama
Kei Oshiro (kiri) dan An Sangsu dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama NSFC menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium MBPJ malam ini. Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil berikrar pasukannya akan berjuang hingga ke wisel penamat walaupun berdepan tugas berat menentang Selangor FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Ketinggalan menerusi defisit satu gol selepas tewas 0-1 pada aksi pertama di Paroi hujung minggu lalu tidak mematahkan semangat skuad Jang itu untuk memburu slot ke separuh akhir.

Menurut Nidzam, pasukannya akan turun ke tempat lawan dengan semangat positif tanpa mengira cabaran yang menanti serta tekad menampilkan aki terbaik demi memburu kemenangan.

"Masih ada tempoh 90 minit untuk diharungi dan kami tidak akan ke MBPJ hanya untuk berpuas hati dengan layak ke kelompok lapan terbaik Piala Malaysia.

"Kami juga mahu ke separuh akhir juga. Seperti mana besarnya cita-cita Selangor, sebesar itulah cita-cita kami," katanya.

Mengulas mengenai taktikal perlawanan, beliau mengakui anak buahnya perlu mempamerkan aksi luar biasa bagi memadamkan kelebihan agregat yang dimiliki skuad Gergasi Merah.

Jelasnya, kemenangan dengan kelebihan dua gol adalah misi utama bagi memastikan kemaraan mereka terjamin.

"Kita perlu bermain dengan baik, bukan hanya bermain baik tetapi perlu menang lebih daripada dua gol.

"Jadi, kita perlu yakin bahawa peluang itu masih ada. Jika kita katakan keputusan 0-1 bermakna peluang sudah tertutup, saya tidak bersetuju," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil berikrar pasukannya akan berjuang hingga wisel penamat menentang Selangor FC
  • Ketinggalan dengan defisit satu gol tidak mematahkan semangat pasukan untuk ke separuh akhir Piala Malaysia
  • Pasukan akan turun dengan semangat positif dan tekad menampilkan aksi terbaik
  • Kemenangan dengan kelebihan dua gol adalah misi utama untuk memastikan kemaraan
  • Yakin peluang masih ada walaupun ketinggalan 0-1 pada aksi pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!