'Mickey' Tok Gajah berlatih sejam sehari di rumah

Video Faisal ketika membuat latihan di hadapan rumahnya.
Video Faisal ketika membuat latihan di hadapan rumahnya.
A
A
A

Pemain Pahang, Mohamad Faisal Abdul Halim mengekalkan tahap kecergasan dengan melakukan latihan ringan di kawasan rumah selama sejam setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohamad Faisal yang terkenal dengan panggilan Mickey itu berkata, latihan perlu dilakukan secara konsisten setiap hari supaya tidak menjejaskan staminanya.

"Selain dapat dapat mengeluarkan peluh, latihan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pergerakan.

“Saya perlu mendisiplinkan diri untuk mengadakan latihan selama sejam setiap hari sama ada waktu pagi atau petang. Bola sepak adalah kerjaya saya dan usaha mengekalkan prestasi perlu dilakukan,” katanya.

Menurut Mohamad Faisal, jurulatih Pahang, Dollah Salleh beberapa kali berpesan kepada pemain Tok Gajah supaya dapat mengekalkan kecergasan dengan melakukan latihan di rumah.

Katanya, dia yakin pemain bola sepak lain turut berbuat sedemikian sepanjang tempoh PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Marilah kita sama-sama mematuhi arahan kerajaan dengan tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan dan sentiasa menjaga kebersihan serta kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan: